Sunday, February 10, 2013

seekor telefon bimbit

Assalamualaikum w.b.t

sebelum segalanya bermula, nak ucap happy chinese new year. tahun ni tahun ular. dan dan pulak pagi tadi ular masuk rumah aku. ular salah masuk rumah. terpacak aku dengar mak aku menjerit pagi tadi. dekat sejam jugak la cari ular tu menyorok kat mana. nasib baik jumpa. kalau tak jumpa takdenye aku nak update blog memalam ni. silap2 duduk bertapa atas sofa pegang buluh. k asal nak cerita pasal telefon bimbit dah sesat ke ular masuk rumah pulak.

sekarang zaman dah moden, budak tadika pun aku tengok dah advance pakai fon calit calit pakai jari. atau nama bandar die touchscreen. ikut sukahati aku je nak bagi nama bandar and kampung. 


Sony Ericsson w205

ni fon yang aku pakai sampai sekarang. hasrat dihati nak pakai fon canggih2 terbantut bila ada masalah kewangan. selain tu sebab aku bukan jenis suka berkepit dengan fon. bukan kaki gayut bukan kaki mesej. kaki jugak yang disebut. silap2 nanti aku beli buat pameran dalam almari. better cari masa yang sesuai nak beli yang baru.  nak cerita pasal keadaan seekor fon yang aku bela sejak fom2. suka hati je nak tuka2 penjodoh bilangan die. cerita untuk kepentingan orang2 lain especially kawan2 aku supaya diorang boleh jimat kan kredit diorang dengan TIDAK mesej or call aku. contact number dalam fon aku pun boleh kira dengan jari. family 4 orang. kawan kelas campur tolak bahagi darap 15 orang. random 5 orang. tayah nak kira pakai calculator lah kan. 

1. kredit sangat banyak tapi dah tamat
fon aku memang kredit die sentiasa banyak. bagi aku belas2 tu kira dah banyak la. kadang2 kredit tinggal rm 10 tapi dah tamat nak hidupkan balik kena la beli topup. bila beli tu pulak, dan dan pulak dekat kedai tu jual 10 ringgit je. duit mak yang bagi.. so mulalah nak gelak setan *aku pun taktau setan gelak macam mane* 

2. sentiasa off
yang ni point yang paling penting. bila bateri habis je, nak cas fon tu balik masyaAllah malas nye. kalau mak aku suruh basuh pinggan yang menambun tu pon aku rajin lagi rasenya. lepas ni kedai2 makan semua berebut nak amik aku keje basuh pinggan. maaf , saya hanya bekerja dengan mak saya yang tersayang. kadang2 aku kesian dekat kawan aku yang selalu mesej kol waktu fon aku off. mesti sengsara ya amat. tiqah je yang dah faham sangat aku ni jarang on fon. so kawan2 semua tolong jangan mesej or kol aku. *memohon*  kalau nak ajak kawin ke nak amik aku keje sapu sampah ke ape ke fessbuk oke. aku pekerja tetap dekat fesbuk tu.

3. on pada waktu tertentu sahaja
waktu tertentu macam aku kena pergi mane2 tanpa mak tersayang disisi. contoh pegi belajar kereta, waktu tu waktu paling rajin nak on fon. tu pun mak tolong caskan. dasar anak derhaka. takpe aku dah basuh pinggan. tak kenang budi betul. haha. kalau waktu2 macam tak de ape2 aktiviti kat rumah ni, macam raya cina ni jangan harap lah nak on fon. waktu fom5 dulu bile pegi tusyen pon aku bawak fon ayah aku. pastu bila orang pejabat ayah aku kol, mula kelam kabut. ringtone fon ayah aku kau jangan cakap lah volume die berapa. memang to the maximum la. budak yang ngantuk2 dalam tusyen terus segar bugar bila dengar. penah sekali tengah exam dekat tusyen, tiba2 fon tu berbunyi. bunyi die dah setaraf dah dengan konsert2 ni. aku buat rilek je sebab aku RASA aku dah silent kan tadi . aku pon buat muka tak bersalah duk pandang2 orang keliling konon "budak-mane-tak-reti-silentkan-fon-ni" . sekali semua orang pandang aku. kelam kabut die kalah aku lambat datang sekolah.

4. tak reti bergayut
kredit memang banyak, tapi nak harap aku yang call orang memang harap maaf awal2. aku call 2 3 minit boleh. kalau nak bergayut sampai sejam dua jam memang tak reti. panas telinga aku. waktu bufday dapat call free pun aku tak sedar. sedar pun nak dekat2 pukul 12 nak tamat tu. sedar pun macam dah tak guna je. 

5. mesej tak masuk
mungkin fon ni dah uzur, tunggu masa nak kena campak dalam sungai perak lah kut. selalu bila orang mesej waktu fon kite off tapi bila on fon je kite dapat mesej tu. malangnye fon aku tak macam tu. bile orang mesej waktu aku off fon memang selame lamenye lah  tak wujud mesej kau tuh. kawan aku siap tanya lagi "kamu tak bace mesej aku ke?" maafkan patik ye,patik basuh pinggan tadi. bila fon dah uzur lah selalu hang tiba2. dah macam komputer pulak nak hang hang ni. bila hang tiba2 terpaksa lah aku cabut bateri nya. kalau rajin aku on balik, kalau malas faham2 jela. nak tekan satu button pun punye lah malas. kan dah cakap tadi rajin lagi basuh pinggan.

agak2 kalau sekarang hidup tanpa fon macam mane ? boleh je hidup lagi. orang dulu elok je sihat takde fon. tapi untuk zaman sekarang memang perlu la . 

"MAK NAK IPHONE5 BOLEH ?"

boleh blah

k Assalamualaikum


p/s jari dah tak sakit tekan fretboard. weehuuu !!



No comments:

Post a Comment