Wednesday, November 1, 2017

DIY : How to Customize Your Own Planner

Assalamualaikum. Another day another post 👍


Today I will be talking about how I customized my own planner and how you can customized yours too after reading this post. I hope so. I started using planner since semester 3 (2015). Then, ternampak orang decorate planner dekat Instagram Explore. So waktu tu start cari Instashop yang jual leather type planner. But when I saw the prices, Masyaallah. Teringin tapi mahal. Tapi waktu tu pun macam tak berminat sangat nak guna leather type punya planner sebab aku jenis pergi kelas bawak satu buku je lepas tu semua benda (semua subjek) tulis dalam tu je. Unless kalau lecturer cakap dia nak satu buku khas untuk subjek dia. 

So, kalau bawak leather planner ni nanti kotor la sayang la tebal (berat) la. So aku prefer yang ring type punya (notebook biasa), tahan lasak. Memang waktu 2016 and 2017 ada online shop yang jual ring type punya planner. Tapi ada je yang tak kena dengan taste aku *kau yang pelik diba*. Mostly yang jual planner, ada macam-macam tracker ape jadah mood tracker, water tracker, calorie tracker, azam 201k etc. Aku bukan jenis nak track-track ni. Lepas tu nanti aku bengang sebab page yang tracker-tracker tu kosong aku tak isi. Rasa macam aku tak menggunakan sepenuhnya planner yang dibeli tu *berdasarkan pengalaman lalu*. Most importantly, aku buat planner bukan by year tapi by semester. Satu semester satu planner *slogan apakah ini?* sebab lagi senang macam ni.

Okay I guess I should stop with the bebelan. 



From top planner sem 3, 4, 5 and 6



 Planner 2018 (still in construction)


What do you need? (Bahan-bahan *macam nak buat kek

❤ Any notebook 
❤ Microsoft Word (Ye, aku tak pakai apps apa2 untuk design)
❤ A4 Paper (Colour or white)
❤ Printer with ink ofcourse (Print dekat kedai pun boleh)
❤ Decorating stuff (Washi tapes, sticker, sticky notes, bookmark) *optional. kalau tak suka tak perlu
❤ Creativity 
❤ Kesabaran yang tinggi
❤ Kerajinan (If you want to save money, you have to put some effort)

Step 1 : Book size and Margin


Mula-mula sekali ukur size paper from the notebook that you will be using (as shown in the left picture below). Contoh aku pakai ring notebook size A5. 





Dekat Microsoft Word go to Page Layout > Size > More Paper Size > Insert Width (14.4cm) and Height (20.5cm) > Apply to Whole Doc > Click OK. Kalau format size dalam inch, taip je '20.5cm' nanti dia akan convert sendiri to inch.

Follow step seperti dalam gambar untuk Margin. Bulat-bulat dan garis menegak tu tak perlu lukis (just untuk guide sahaja nak menunjukkan ruang tu tak boleh tulis apa-apa sebab tu ruang untuk ring)  

Step 2 : Designing the Calendar


Calendar yang aku design ada macam-macam darjah kesusahan dan kerumitan. Ok sebelum tu, kalau korang nak cari font yang cantik-cantik boleh download dekat dafont.com (Click here). Aku suka Sweet Pea punya font. Website tu ada belambak font cantik boleh gila. Ok untuk design calendar aku akan tunjuk yang paling simple.



 

Design pertama ni paling simple. Calendar (1 month) dalam satu page sahaja. Aku guna dalam planner semester 3 which is a normal (?) notebook jenis gam (bukan ring). LOL. Tak tahu apa nama dia. Calendar ni print out terus je then tampal dalam buku. Sangat-sangat simple. Tak perlu pening kepala nak tinggal space untuk ring. Cuma cons dia bila buat satu bulan satu page, space untuk each day tu kecil sikit (kalau notebook kecil) and bila gam tak kemas sangat. 

Untuk warna boleh explore Microsoft Word sendiri. Nak pastel ke nak monochrome ke. Ikut preferences sendiri. Aku letak short comic dekat blank space dalam calendar tu. Comic cari je dekat google image, search keyword : funny short cartoon comics cute *HAHAHA ANYTHING ALSO CAN* macam-macam comic keluar nanti. Kalau tak minat comic, cari clipart. cupcake clipart / owl clipart / flower wreath clipart / flag banner clipart (just add clipart at the end)


Design kedua, level kesusahan : moderate. Basically sama je macam the first design cuma yang ni buat dua page for one month calendar. Cuma yang susah kena align margin and table. Plus, aku pakai ring notebook untuk design ni, so kena leave space untuk ring. Gambar dekat bawah contoh yang dah siap masuk dalam notebook. 


Design ketiga, level kesusahan : highest sebab bila dalam word terusik sikit je yang lain lari juga. Rasa macam gali kubur sendiri waktu buat. Tapi sebab dah termula buat style macam tu kena la teruskan. 


cupcake clipart download je dari google image kemudian copy and align setiap satu untuk dapatkan macam straight line on the upper part (untuk any image yang di paste ke dalam Word, make sure text wrapping is SQUARE untuk senang nak ubah-ubah tempat dia). Design ni aku tulis tarikh dan hari sekali dekat dalam setiap box *saja tambah kerja*. Plus, aku susun tarikh based on academic calendar *waktu tu la*. Maksudnya untuk satu page ni 'WEEK 1' dan seterusnya. Sebab macam senang nak monitor bila lecturer kata week 12 kena hantar assignment so aku just turn to page 12 untuk mark. 


Design keempat. This one is my favourite sebab simple, cantik *puji design sendiri* dan nak buat pun senang. It will be on my 2018 planner. No more planner by semester since I'm not a student anymore. 


Draw box satu and then copy paste je for the next one. Highlight word kemudian pilih warna untuk shading *pink is my life*. Untuk kalendar kecil dekat atas tu, lukis box dulu kemudian add text and insert table. Warna-warna tu semua main dengan Microsoft word je. Kena pandai explore. Kalau untuk shape, click on the shape > format > shape outline or shape fill > choose colour. Untuk design ni aku tak letak comic or clipart dah. Malas. 

Okay dah selesai untuk 4 jenis design calendar. 

Step 3 : Additional pages

 
Front page
Biography to write my basic information


Ini yang paling penting sebenarnya. Waktu awal-awal sem, bila lecturer bagi their info, aku bukan jenis buka phone untuk taip everything. Old-fashioned sangat. *whatever*. Tapi aku lagi prefer buka buku bila nak cari phone number or nombor bilik lecturer. 


Any quote sebagai hiasan. Macam biasa cari dekat google image je



Stickers TO-DO-LIST, untuk QUIZ dan TEST (buat warna merah supaya bila buka je planner ada kesedaran sikit nak study), MONEY pula untuk bila-bila aku withdraw duit, PAY BILL bila bayar bil telefon *i love YES4G*. Nak design ni semua insert shape > add text > change color for shape outline and fill > Copy and Paste banyak2. Sticker boleh print terus atas sticker paper (ada jual dekat any pasaraya besar dekat bahagian paper, the last time I bought it cost me about RM4 for 10pcs).

Ada banyak lagi option untuk sticker. Search je dekat google image sticker for planner then paste dekat word. Kalau suka quote, susun je dalam Microsoft Word kecik-kecik then print. Any clipart also will do. Sticker ni semua untuk decorate your planner. Kalau tak suka decorate so tak perlu lah buat sticker. 

Ada banyak benda lagi boleh letak dalam planner. Jadual kelas, kalendar tahun lepas dan tahun-tahun akan datang (google image je), birthday date list, academic calendar etc. 

Step 4 : Printing

Selepas print atas A4 paper, boleh la gunting mengikut saiz yang korang set mula-mula tu. In my case width 14.4cm height 20.5cm. Nak guna gunting boleh, pisau boleh ataupun bawa pegi kedai dia guna cutter. Yang tu lagi kemas. Iols gunting sendiri je. (Seriously setakat ni planner aku semua buat manually dalam rumah, tak pergi kedai, except nak beli notebook je. *adakah ini suatu yang boleh dibanggakan?*)

Step 5 : Binding

Kalau pakai notebook biasa, boleh tampal je. Tapi kalau banyak sangat benda nak kena tampal nanti jadi tak cantik. But, if you dont mind boleh je jalan. Pakai glue stick instead of using liquid glue. Sebab glue stick kemas lagi. 

Kalau pakai ring notebook macam mana nak tebuk lubang? 

Okay kalau pakai ring notebook (lubangnya berbentuk segi empat sama) kena bawa notebook dan planner yang korang dah print tu pegi kedai minta dia tebuk and pasangkan dekat notebook tu. Aku dulu tak pergi kedai *sangat-sangat homebody*, so aku decide tebuk sendiri pakai pisau and pasang sendiri manually *nampak la rajin*. If you are using any planner yang jenis boleh buka tutup manually tu (kalau tak tahu tengok gambar dekat bawah), boleh terus je tebuk lubang guna single hole puncher or puncher biasa. 



My first leather planner (2018). Beli dekat Billion. Tak ingat berapa harga. Tapi isi dalam dia semua aku buang except for the blank pages. Sebab design dia buruk *tak ada warna pink :(*


Right picture : Planner beli dekat Mr. Diy. pun tak ingat harga. Sakit tangan waktu nak tebuk sebab lubang dia banyak sangat.  

Step 6 : Decorating materials *optional


Mostly semua aku beli dekat Mr DIY. Washi tapes, sticky notes, bookmark, stickers (selain dari yang buat sendiri) etc. If you notice, a bookmark in the middle is actually UNIQLO's price tag (Who knows a price tag could make a good bookmark). Next, stickers yang buat sendiri tu usually aku akan bind sekali je dengan notebook. Tapi kalau sticker and sticky notes yang beli dekat kedai aku akan letak dalam pocket paper *aku cipta sendiri istilah ni*


As shown in the picture, aku letak pocket paper dekat page belakang sekali. Guna kertas tebal sikit (tebal macam cover page buku skrap waktu sekolah dulu). Cara buat dia macam buat sampul surat, lepas tu letak transparent plastic (heart shape to make it more unique) so that I can see what's inside. Buat penutup, so that the stickers tak terkeluar bila planner di tunggang terbalikkan *Wow* and finally letak washi tapes untuk menghidupkan lagi suasana (?). Ok ikut kreativiti masing-masing. 

OK That's all for this super long post. Syabas kerana telah membaca sampai ke penghujung. Btw, aku buat planner setiap kali cuti semester. So, tiada istilah tak ada masa or tak sempat nak buat bagi aku. Aku puas hati setiap kali buat sendiri walaupun tak dinafikan yang orang jual tu memang cantik. Tapi kalau harga pun RM30 - RM100++ 
(-_-")
Takpa one day nanti dah ada gaji sendiri boleh la beli (or kalau ada orang nak hadiahkan. kihkih ape salahnya). Btw, if you are interested in my design, dm me on instagram (@dbalokman) or facebook. I can sell them to you *takkan nak bagi free*

Thank You



Friday, October 27, 2017

Final Year Project / FYP (UiTM) Part 2

Assalamualaikum. Another day another post 👍

Post ini adalah sambungan kepada Final Year Project / FYP (UiTM). Basically the first part is FYP1 and this one is FYP2.


Step 5 : Conducting experiment

Step ni kira dah masuk new semester la (kalau rajin lagi awal pun dah boleh start). Believe me, this step is the most challenging, stressful, annoying and macam-macam lagi lah. Actually before step 5 ni ada satu mini step aku tertinggal which is ordering chemicals and barang-barang untuk korang punya experiment. Cek dekat lab ada tak barang tu, kalau tak ada baru order. 


Kalau waktu VIVA dulu tak ada problem with proposal boleh terus proceed dengan method yang korang dah tulis tu. Kalau ada problem means kena guna method lain or experiment ni impossible untuk dibuat di UiTM as in machine ni tak ada/rosak, barang tak sampai lagi etc kena lah cari alternative lain. This literally means that your proposal tu bukanlah final. Masih boleh diubah mengikut keadaan. 


Longgokan petri dish 

Waktu buat experiment ni la kena pergi lab sorang-sorang, bertapa la dekat lab tu buat sampai habis. Tapi waktu aku dulu ada kawan selalu pergi sekali *thank you Ain* . Kalau jenis tak suka masuk lab boleh la cari tajuk yang tak perlu masuk lab. Sebab bila masuk lab ni banyak juga masalahnya. Lab buka office hour sahaja plus kena kamceng dengan lab assistant. Ada certain lab assistant tak bagi masuk lab kalau diorang tak ada takut la something bad happen dekat lab nanti tu dah jadi tanggungjawab diorang. Macam-macam lagi la masalah kan. Bukan nak kata bila tak masuk lab tak ada masalah. Semua ada masalah sendiri. Aku punya fyp dulu kena both lab and outdoor (masuk ladang). Bila outdoor ni susah la sikit bila tak ada transport (aku dulu tumpang kawan *TASMIN* naik kereta masuk ladang. hihi Tq Min) plus waktu tu musim panas kot (memang la naik kereta masuk ladang, tapi nak kutip sample still kena panas) dan bulan puasa *bayangkan*. Memang mengundang kehitaman dan kehausan lah cerita dia. Tengok air longkang pun boleh tergoda (boleh bayang tak punya dasyat dahaga dia). 


Kenapa banyak ujian waktu ni? Sebab didampingi oleh assignment, test dan kuiz. Kena pandai manage time. Bila nak masuk lab waktu ni, tiba-tiba ala petang ni kuiz, tak habis study lagi. Bila nak masuk esok pagi, dah nak kena pergi discussion pula. Itu lah ujian-ujian nya dan banyak lagi menanti anda. *hihiihihihihihih*. Tambah pula waktu ni kena selit-selit masa nak jumpa SV, nak tanya valid tak result saya, kenapa saya tak dapat result?, kena repeat experiment lagi sampai dapat result seperti yang dijangkakan. Tapi sv aku dulu kata bila dah FYP2 student jarang datang jumpa dia. hahahahaha. *sis sentap*

Step 6 : Writing report

Ok lets say result dah dapat. Waktu ni dah boleh half lega. Dah dapat result, tak perlu masuk lab dah. Tak perlu nak run experiment dah. Boleh proceed to writing report which is Chapter 4 : Result and Discussion and Chapter 5 : Conclusion. Okay bunyi macam sikit je kan dua chapter. Tapi bila masuk semua benda yang kecil-kecil dia jadi la stress balik. Nak buat acknowledgement, table of content, abbreviation, references dan yang paling annoying sekali page number. Dia punya lari tu memang tak sempat nak kejar. Berapa ribu kali tengok youtube pun tak boleh nak hadam lagi.

Aku sarankan benda-benda kecil ni taip siap-siap waktu awal sem. Aku prefer compile semua dalam satu word dari page title sampai la ke resume belakang sekali. In the end nanti still kena compile dalam satu word sebab nak convert to PDF and masuk CD. Kalau asing-asing, last sekali bila join, tu yang page number jadi macam harem tu. Depends on individu tu, aku prefer macam ni sebab aku tak hebat komputer *merendah diri sangat*. Belum cerita bab format lagi double/single spacing, font size, margin lagi.

Step 7 : Submission

Okay dah siap full writing. Print dan boleh hantar ke penyelaras. Waktu ni final la untuk kira berapa markah korang dapat for your FYP2 based on your written thesis.

Step 8 : VIVA 2

Basically sama je macam VIVA 1, cuma kalau dulu kita cerita Intro, Literature review and method. Tapi kali ni kita akan cerita sekali result, discussion and conclusion which simply means the whole thing. Apa result yang kau dapat? Kenapa jadi macam tu? Kenapa tak cuba method yang lain?. Macam VIVA 1  juga ada panel-panel kesayangan yang akan tanya kau macam-macam. Kalau aku dulu, Internal Examiner aku adalah panel aku waktu VIVA 2 juga, waktu aku present tu dia buka aku punya thesis nak cari part mana yang dia tak faham, dia nak tanya. Berdebar cek waktu tu. Nasib baik boleh jawab. 

Yang aku perasan, panel-panel banyak particular tentang penggunaan terms waktu tulis thesis. Contoh nya dulu dalam Chapter 4 aku tulis "Identification of Fungus species". Panel kata kalau identification aku kena buat Gel eletrophoresis and PCR (untuk identify to the DNA level) sedangkan aku hanya identify the species based on their morhological characteristics only (colour, growth pattern, spore shape etc). So kena tukar jadi "Morphological Identification of Fungus Species"

with Syifa <3
Bagi aku VIVA 2 tak nervous sangat macam the first one. Sebab ni dah kali kedua, boleh kata macam dah ada experience la. *puih* padahal waktu tu lega sebab dapat tahu panel-panel bilik aku macam okay juga la. Panel-panel and bilik mana kita nak VIVA  nanti dia dah bagitahu awal-awal. So boleh pegi tanya kawan-kawan lecturer ni okay tak, banyak tanya tak etc. 

Step 9 : Correction

Okay VIVA dah habis. Boleh buat correction yang mana kena tegur dengan panel waktu VIVA tu. Untuk course aku lain sikit. Lepas correction kena pergi tunjuk dekat SV dan IE dulu betul tak correction yang aku buat tu. Dah betul semua baru SV dan IE akan bagi tandatangan kebenaran hantar binding. Depends la, ada lecturer strict dia akan check betul-betul thesis selagi ada yang salah selagi tu la kena ulang alik jumpa dia nak demi nak dapatkan tandatangan tu. Kawan aku punya course lepas VIVA, buat correction boleh terus buat hardcover. Jangan tanya kenapa diorang macam tu, aku pun tak tahu. Tahu jeles je waktu tu.

Step 10 (FINAL) : Thesis submission

Boleh survey kedai-kedai yang buat printing and hardcover cari mana kedai yang offer the best cheapest price. Maklumlah bila dah hujung sem duit pun makin tenat. Makanya, awal-awal sem waktu dapat PTPTN tu simpan siap2 dekat bank lain or kalau jenis tak boleh tengok duit tu bagi parents simpan. Okay dah habis dah boleh menangis tengok thesis/buku merah (warna hardcover ikut fakulti). Tapi before hantar kena ambil sign supervisor, penyelaras fyp dan koordinator kursus. 



THE END
*baru boleh lega sepenuhnya

Nanti nak cerita pasal aku punya FYP pulak. The real story (all the blood, sweat and tears). Dah tua boleh buka blog ni kenang zaman gemilang silam.