Friday, April 6, 2018

I was sick

Assalamualaikum

I came across to a FB post by Kementerian Kesihatan Malaysia on GEJALA VERTIGO and thought that maybe I can share my experience on this 'gejala'.



At the end of January 2017, I was diagnosed with vestibular neuronitis (infection of the vestibular nerve in the inner ear). *vestibular nerve control our body balance* Although the name sounds so scary for me at first but believe me it is not a big deal. pening-pening manja sweet2 gitu jeww *tipu*

So, the infection of the vestibular nerve ni adalah salah satu yang menyebabkan gejala vertigo - bergoyang, tidak seimbang, berpusing, berpeluh-peluh, muntah-muntah, sakit kepala, berdesing dalam telinga. Aku bukan doctor, hanya bercakap berdasarkan apa yang doktor aku cakap je :p

In case you want to imagine how it feels like, stare at your room, lepastu bayang bilik berpusing-pusing macam tengah gempa bumi, badan automatik nak ikut bilik tu berpusing jugak so you will end up kissing the floor like me *hiperbola

Flashback to November 2016

Actually,sebelum ni memang dah pernah pening macam ni 2/3 kali cuma biasanya sehari je hilang dah tapi kali ni kena tiba-tiba dia (penyakit tu) decide untuk vacation seminggu kot dalam telinga aku

27/11/2016 - Start pening around 3 pm. Tapi petang tu boleh pegi AEON kejap beli baju ada promotion. kekeke mengharap malam nanti dia hilang tapi sekadar harapan je. Telan panadol harap-harap pagi esok bangun ada miracle

siap makan KFC lagi hahaha

28/11/2016 - Pening/vertigo worsen, mak suruh pergi klinik tapi aku malas sebab aku ingat petang nanti dia hilang la. Dah malam still pening, beli ubat je dekat farmasi. (sepatutnya tak boleh, takut tersalah makan ubat tapi tak fikir waktu tu)

29/11/2016 - The worst day, muntah, berpeluh2, sakit kepala and nak berjalan pun tak boleh. We have to go to KL today so aku tidur je sepanjang perjalanan. Mula-mula tak nak pergi sebab tak larat tapi terpaksa. Memang teruk gila, kalau tergerak sikit je kepala habis berpusing dunia ni. Dekat RnR Tapah, pegang tangan mak nak jalan, kepala statik pandang depan je tak boleh pandang kiri kanan.

30/11/2016 - Makin okay. Tapi at certain position akan pening. Dari 27 sampai harini aku sembahyang duduk sebab tak boleh sujud. Bila bangun je dari sujud aku tumbang/tak stabil/rasa nak tumbang *pilih mana suka*

Dan hari seterusnya makin better, dah boleh sembahyang macam biasa. Ada certain position akan trigger pening and it will go away after a few seconds if I close my eyes and make sure kepala tak bergerak.

Contoh-contoh position yang trigger pening/vertigo
- kalau baring menghadap ke kanan (later I found out that the infection was in my right ear) *tak tahu la ada kaitan or tidak, aku buat assumption sendiri
- bangun dari sujud
- tunduk nak ambil barang,
- toleh ke kanan cepat2 (so kalau nak pandang ke kanan kena toleh slow2, creepy kan?)

5/12/2016 - Habis cuti midsem, balik UiTM aku pergi klinik sebab rasa macam tak selesa dan risau pula kejap pusing2 kejap okay kejap pusing2 balik. 


The first thing Doktor check blood pressure. Ye, kalau darah rendah pun boleh sebabkan pening2. BP  normal. Lepas tu doktor check mata sebab aku rabun, dia tanya berapa lama dah tak tukar spec?

"nak dekat 2 tahun" aku jawab.
"Duit PT masuk dah?" (Yes, I know where this conversation will lead me)
Aku angguk
"Okay Adiba pi buat spec baru sebab power dah naik ni. Mata kanan dengan mata kiri power lain2, dah buat spec baru nanti lepas 2 minggu kalau tak elok jugak mai jumpa saya lagi sekali na"
"Okay" dalam hati taknak cerita, sebenarnya dah buat spec baru 2 bulan lepas tapi bila pakai rasa pening so malas nak pakai.

P/S untuk orang TAK rabun :  bila buat spec baru, kena pakai terus and tak boleh tukar2 pakai spek lama. Memang akan rasa pening due to the fishbowl effect. Pening akan hilang usually after 24 hours. I am well aware of this thing tapi sebab waktu ni dekat Uni dan agak tak selesa nak tahan pening seharian so aku decide tak pakai lagi spek baru tu.

BTW, waktu jumpa doktor ni aku ambil kesempatan mintak ubat selsema yang tak ngantuk sebab ubat selsema yang selalu makan dah habis. Doktor nak tengok lubang hidung aku (nak tengok severity resdung), terkejut jugak waktu tu dia nak suluh lubang hidung aku, kalau ade benda-benda yang tak sepatutnya macam mana(natural stuff guys semorang ada). 

Jatuhla kredibiliti aku sebagai seorang perempuan,, kakakakaakka nyesal mintak ubat. tapi aku bagi jela doktor tengok nak buat macam mana. Doc cakap resdung aku tak severe sangat tapi still kena elak makan belacan dengan budu. Aku resdung tak ada jerawat, cuma extra mucus (hingus), yup boleh dikatakan setiap pagi bersin. 

OK Keluar je dari klinik aku pegi tandas nak cek apa yang doktor tengok. hahahahhaha tak de kerja dan tengahari tu aku beli sambal belacan *real story*

About 2 weeks later

Bad news for me, pening tu masih tak hilang. So, aku pun berjalan lah tengah panas bersama payung kesayangan aku dan Farah pegi UK (Unit Kesihatan) nak jumpa Dr. 

Dr. terus schedule kan aku jumpa Pakar ENT (Ear, Nose Throat)/Otolaryngology dekat Hospital Kangar pada 28/12/2016 which is during study week. Mula-mula aku cakap dekat Dr. boleh tak kalau pergi lepas final exam hahahhahaha memang cari pasal, waktu tu jugak kena lecture dengan Dr. pasal kepentingan kesihatan. 

28/12/2016

Pergi Hospital Kangar dengan roomates (Echah, Fara, Sue), ramai 'supporters' ikut sekali walaupun esok first paper. Siap bawak lecture notes pegi hospital nasib baik la bawa notes sebab menunggu nya ya allah lama gilaaaa seriously. dengan mengantuknya. -_-" 

Dah jumpa doc, die cek mata telinga and tanya macam2 jawab je semua. Waktu ni baru tahu problem tu dekat telinga kanan tapi still tak tahu which part yang infected and nama penyakit. lepas tu die schedule next appointment untuk hearing test tapi aku tak boleh datang waktu tu sebab ada paper. Tak cakap la kt Dr. takut kena lecture lagi sekali. kekekeke. 

Doc bagi ubat untuk hilangkan pening and untuk saraf. So, Alhamdulillah la makan ubat tu tak ada/kurang pening dah. Habis je final exam, a week after balik Perak terus pergi Klinik Pakar ENT Yong dekat Ipoh. Mula-mula tu rasa macam dah OK sebab pening yang ada waktu ni kalau tidur menghadap ke kanan je. Position lain semua tak ada pening dah. Tapi parents cakap pegi jela so pegi.

Basically apa yang Doc buat sama macam waktu dekat hospital haritu, tanya history cek mata cek telinga. Waktu ni la doc kata "nama penyakit kamu adalah vertibular neuronitis yang berpunca daripada kerosakan di bahagian vestibular nerve" *chinese slang.  sambil tunjuk gambar telinga dekat bawah ni. 


Ada satu lagi yang similar to vestibular neuronitis is Labyrinthitis (similar syndrome) tapi affect hearing sekali. Nasib baik pendengaran aku elok so bukan yang itu la. Baru tau kenapa dekat hospital dulu nak buat hearing test :D

Doc cakap amalkan gaya hidup sihat, selalu exercise. Infection dalam telinga usually berasal dari demam. Sebab before kena waktu bulan 11 tu memang aku 2 kali demam (demam FYP kot) hahahaha. Total bills haritu almost RM200 sekali ubat, makanya pergilah ke hospital kerajaan walaupun kena tunggu sikit. 

Ubat yang Dr. bagi tu aku habiskan. Setiap malam sebelum tidur aku akan try ngiring ke kanan nak tengok ada pening lagi tak dan Alhamdulillah bulan Apr 2017 dah tak ada pening. The exact date tak tahu sebab tak tulis dalam planner. Gapoever la :p

Kesimpulannya jangan lah ikut perangai aku yang suka tangguh2 pergi jumpa doc ni. Kalau jumpa doc awal mesti pening tak sampai 5-6 bulan macam ni. huhu. And lagi satu, whatever written dalam post ni adalah based on my experience sahaja dan search internet sikit untuk medical terms sebab obviously aku bukan budak medic or doktor or apa2 yang seangkatannya. Just a fan of Grey's Anatomy je. 

Nanti ada pulak makcik2 or akak2 bawang yang pandai2 diagnose anak dia sakit ni lepas tu cakap kat doctor 'makcik baca dekat blog dibadebuu'. Tak pasal2 aku jadi buruan polis, cukup lah aku dilokap dulu atas kesalahan menyeksa lipas dari Amerika Selatan T_T". 

Hokay bai bawang2 sekalian 

No comments:

Post a Comment