Assalamualaikum. Another day another post 👍
Post ini adalah sambungan kepada Final Year Project / FYP (UiTM). Basically the first part is FYP1 and this one is FYP2.
Step 5 : Conducting experiment
Step ni kira dah masuk new semester la (kalau rajin lagi awal pun dah boleh start). Believe me, this step is the most challenging, stressful, annoying and macam-macam lagi lah. Actually before step 5 ni ada satu mini step aku tertinggal which is ordering chemicals and barang-barang untuk korang punya experiment. Cek dekat lab ada tak barang tu, kalau tak ada baru order.
Kalau waktu VIVA dulu tak ada problem with proposal boleh terus proceed dengan method yang korang dah tulis tu. Kalau ada problem means kena guna method lain or experiment ni impossible untuk dibuat di UiTM as in machine ni tak ada/rosak, barang tak sampai lagi etc kena lah cari alternative lain. This literally means that your proposal tu bukanlah final. Masih boleh diubah mengikut keadaan.
Longgokan petri dish |
Waktu buat experiment ni la kena pergi lab sorang-sorang, bertapa la dekat lab tu buat sampai habis. Tapi waktu aku dulu ada kawan selalu pergi sekali *thank you Ain* . Kalau jenis tak suka masuk lab boleh la cari tajuk yang tak perlu masuk lab. Sebab bila masuk lab ni banyak juga masalahnya. Lab buka office hour sahaja plus kena kamceng dengan lab assistant. Ada certain lab assistant tak bagi masuk lab kalau diorang tak ada takut la something bad happen dekat lab nanti tu dah jadi tanggungjawab diorang. Macam-macam lagi la masalah kan. Bukan nak kata bila tak masuk lab tak ada masalah. Semua ada masalah sendiri. Aku punya fyp dulu kena both lab and outdoor (masuk ladang). Bila outdoor ni susah la sikit bila tak ada transport (aku dulu tumpang kawan *TASMIN* naik kereta masuk ladang. hihi Tq Min) plus waktu tu musim panas kot (memang la naik kereta masuk ladang, tapi nak kutip sample still kena panas) dan bulan puasa *bayangkan*. Memang mengundang kehitaman dan kehausan lah cerita dia. Tengok air longkang pun boleh tergoda (boleh bayang tak punya dasyat dahaga dia).
Kenapa banyak ujian waktu ni? Sebab didampingi oleh assignment, test dan kuiz. Kena pandai manage time. Bila nak masuk lab waktu ni, tiba-tiba ala petang ni kuiz, tak habis study lagi. Bila nak masuk esok pagi, dah nak kena pergi discussion pula. Itu lah ujian-ujian nya dan banyak lagi menanti anda. *hihiihihihihihih*. Tambah pula waktu ni kena selit-selit masa nak jumpa SV, nak tanya valid tak result saya, kenapa saya tak dapat result?, kena repeat experiment lagi sampai dapat result seperti yang dijangkakan. Tapi sv aku dulu kata bila dah FYP2 student jarang datang jumpa dia. hahahahaha. *sis sentap*
Step 6 : Writing report
Ok lets say result dah dapat. Waktu ni dah boleh half lega. Dah dapat result, tak perlu masuk lab dah. Tak perlu nak run experiment dah. Boleh proceed to writing report which is Chapter 4 : Result and Discussion and Chapter 5 : Conclusion. Okay bunyi macam sikit je kan dua chapter. Tapi bila masuk semua benda yang kecil-kecil dia jadi la stress balik. Nak buat acknowledgement, table of content, abbreviation, references dan yang paling annoying sekali page number. Dia punya lari tu memang tak sempat nak kejar. Berapa ribu kali tengok youtube pun tak boleh nak hadam lagi.
Aku sarankan benda-benda kecil ni taip siap-siap waktu awal sem. Aku prefer compile semua dalam satu word dari page title sampai la ke resume belakang sekali. In the end nanti still kena compile dalam satu word sebab nak convert to PDF and masuk CD. Kalau asing-asing, last sekali bila join, tu yang page number jadi macam harem tu. Depends on individu tu, aku prefer macam ni sebab aku tak hebat komputer *merendah diri sangat*. Belum cerita bab format lagi double/single spacing, font size, margin lagi.
Step 7 : Submission
Okay dah siap full writing. Print dan boleh hantar ke penyelaras. Waktu ni final la untuk kira berapa markah korang dapat for your FYP2 based on your written thesis.
Step 8 : VIVA 2
Basically sama je macam VIVA 1, cuma kalau dulu kita cerita Intro, Literature review and method. Tapi kali ni kita akan cerita sekali result, discussion and conclusion which simply means the whole thing. Apa result yang kau dapat? Kenapa jadi macam tu? Kenapa tak cuba method yang lain?. Macam VIVA 1 juga ada panel-panel kesayangan yang akan tanya kau macam-macam. Kalau aku dulu, Internal Examiner aku adalah panel aku waktu VIVA 2 juga, waktu aku present tu dia buka aku punya thesis nak cari part mana yang dia tak faham, dia nak tanya. Berdebar cek waktu tu. Nasib baik boleh jawab.
Yang aku perasan, panel-panel banyak particular tentang penggunaan terms waktu tulis thesis. Contoh nya dulu dalam Chapter 4 aku tulis "Identification of Fungus species". Panel kata kalau identification aku kena buat Gel eletrophoresis and PCR (untuk identify to the DNA level) sedangkan aku hanya identify the species based on their morhological characteristics only (colour, growth pattern, spore shape etc). So kena tukar jadi "Morphological Identification of Fungus Species"
with Syifa <3 |
Bagi aku VIVA 2 tak nervous sangat macam the first one. Sebab ni dah kali kedua, boleh kata macam dah ada experience la. *puih* padahal waktu tu lega sebab dapat tahu panel-panel bilik aku macam okay juga la. Panel-panel and bilik mana kita nak VIVA nanti dia dah bagitahu awal-awal. So boleh pegi tanya kawan-kawan lecturer ni okay tak, banyak tanya tak etc.
Step 9 : Correction
Okay VIVA dah habis. Boleh buat correction yang mana kena tegur dengan panel waktu VIVA tu. Untuk course aku lain sikit. Lepas correction kena pergi tunjuk dekat SV dan IE dulu betul tak correction yang aku buat tu. Dah betul semua baru SV dan IE akan bagi tandatangan kebenaran hantar binding. Depends la, ada lecturer strict dia akan check betul-betul thesis selagi ada yang salah selagi tu la kena ulang alik jumpa dia nak demi nak dapatkan tandatangan tu. Kawan aku punya course lepas VIVA, buat correction boleh terus buat hardcover. Jangan tanya kenapa diorang macam tu, aku pun tak tahu. Tahu jeles je waktu tu.
Step 10 (FINAL) : Thesis submission
Boleh survey kedai-kedai yang buat printing and hardcover cari mana kedai yang offer the best cheapest price. Maklumlah bila dah hujung sem duit pun makin tenat. Makanya, awal-awal sem waktu dapat PTPTN tu simpan siap2 dekat bank lain or kalau jenis tak boleh tengok duit tu bagi parents simpan. Okay dah habis dah boleh menangis tengok thesis/buku merah (warna hardcover ikut fakulti). Tapi before hantar kena ambil sign supervisor, penyelaras fyp dan koordinator kursus.
THE END
*baru boleh lega sepenuhnya
Nanti nak cerita pasal aku punya FYP pulak. The real story (all the blood, sweat and tears). Dah tua boleh buka blog ni kenang zaman gemilang silam.
No comments:
Post a Comment